Showing posts with label PANDUAN BERSAMA. Show all posts
Showing posts with label PANDUAN BERSAMA. Show all posts

Friday, 29 November 2019

TIPS BISNES ONLINE


⇨ *BELAJAR JUAL PRODUK ORANG*
- takde produk sendiri bukan masalah. Belajar dulu jual produk orang lain. Cuba ambik pengalaman berniaga dulu. Dari situ, belajar selok belok tentang perniagaan online. Cuba tarik follower sendiri.

Wednesday, 10 July 2019

KAEDAH RAWATAN RUQYAH UNTUK DIRI SENDIRI

Saya kongsikan disini KAEDAH RAWATAN RUQYAH UNTUK DIRI SENDIRI... In Sha Allah boleh dijadikan amalan sebagai pendinding diri..


Saturday, 13 April 2019

TIPS MUDAH UBAH DARI NEGATIF PADA POSITIF


Self affirmation ini lah yang buatkan kita pukau diri kita sendiri tanpa kita sedar!

Kita suka sangat sebut negatif word tanpa kita perasan dan sedar

+ Ko boleh la buat, ko memang pandai
+ Aku ni takde masa nak buat
+ Susahnya nak buat copywriting ni. Aku lemah la bab bab ni.
+ Ko memang dah kaya asal boleh la buat bisnes, aku ni. Biasa biasa je.

Perkataan negatif atau lebih mudah kita panggil sebagai bisikan biawak inilah yang mempengaruhi fikiran kita hari hari.

Benda ni semua akan ter-install dalam Minda Separa Sedar ( subconscious mind ) dan akhirnya kita percaya.

Apa yang kita cakap hari hari tu akhirnya memang menjadikan siapa diri kita sebenarnya. Kata kata adalah doa.

Jom setiap pagi dan sebelum tidur buat affirmation.

:point_right: Aku luar biasa hebat!
:point_right: Aku semakin tenang dan tenang
:point_right: Aku leader yang disayangi
:point_right: Aku magnet rezeki

Awak boleh ubah affirmation tu mengikut apa yang awak nak. InshaaAllah akan ada perubahan ajaib yang awak rasakan. Yang penting buat tanpa nanti dan buat tanpa tapi.
*sumber google

Friday, 12 April 2019

KEBAIKAN & MANFAAT GARAM BUKIT


Garam bukit yang dimasukkan ke dalam bekas.

Garam bukit yang diletakkan ke dalam bekas lalu diletakkan ke dalam bilik akan membantu memberikan aura positif kepada mereka yang berada di dalam bilik tersebut.
Ia akan membantu menghilangkan caj-caj negatif yang menjadi punca selalunya berlaku pergaduhan, pertengkaran, dan perselisihan faham.

Jika rumah atau penghuni dalam rumah mengalami gangguan jin atau sihir, anda boleh berikhtiar dengan memasukkan garam bukit & lada hitam ke dalam bekas dan diletakkan di setiap penjuru rumah, terutamanya di kawasan paling banyak gangguan.


:bangbang:



Thursday, 28 February 2019

PENGUBAT DAN PENYEMBUH SIHIR

Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya.

Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir.

Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam.

Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur'an yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembuh sihir.

Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut.

Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.
Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-
1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286

Terdapat juga doa dan ayat2 lain yg boleh digunakan untuk mengelak gangguan sihir dan makhluk halus.

Sebenarnya cara asas yg biasa kita amalkan seperti membaca Al fatihah,3 Qul dan ayat kursi sudah cukup kuat untuk digunakan sbg mengelak gangguan sihir dan makhluk halus.

Sebaik2nya diamalkan setiap kali selepas habis solat fardhu.

Namun setiap ayat2 tersebut perlu dibaca dgn tatacara yg betul dan sesuai mengikut setiap keperluan individu itu.

Contohnya selain dari mengelak gangguan, ada yg digunakan untuk ketenangan hati, kebahagian, keharmonian,pengerat kasih sayang, mendamaikan suami isteri,anak2 yg degil,brg yg hilang,study,temuduga kerja dan bermacam2 lagi.

Untuk petua2 itu tak boleh diterangkan secara umum disini sbb ada pelbagai jenis dan cara yg bole diikhtiarkan.

Selain dari itu boleh juga ditambah dengan GEL MANDIAN BIDARA dan sapuan BALM BIDARA BAROQAH ATAU BALM BIDARA AL HABIB untuk dijadikan asbab dan ikhtiar memulihkan gangguan tersebut.