Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya.
Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir.
Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam.
Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur'an yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.
Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembuh sihir.
Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut.
Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.
Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-
1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286
Terdapat juga doa dan ayat2 lain yg boleh digunakan untuk mengelak gangguan sihir dan makhluk halus.
Sebenarnya cara asas yg biasa kita amalkan seperti membaca Al fatihah,3 Qul dan ayat kursi sudah cukup kuat untuk digunakan sbg mengelak gangguan sihir dan makhluk halus.
Sebaik2nya diamalkan setiap kali selepas habis solat fardhu.
Namun setiap ayat2 tersebut perlu dibaca dgn tatacara yg betul dan sesuai mengikut setiap keperluan individu itu.
Contohnya selain dari mengelak gangguan, ada yg digunakan untuk ketenangan hati, kebahagian, keharmonian,pengerat kasih sayang, mendamaikan suami isteri,anak2 yg degil,brg yg hilang,study,temuduga kerja dan bermacam2 lagi.
Untuk petua2 itu tak boleh diterangkan secara umum disini sbb ada pelbagai jenis dan cara yg bole diikhtiarkan.
Selain dari itu boleh juga ditambah dengan GEL MANDIAN BIDARA dan sapuan BALM BIDARA BAROQAH ATAU BALM BIDARA AL HABIB untuk dijadikan asbab dan ikhtiar memulihkan gangguan tersebut.