Wednesday 23 December 2020

BUKU BANGKIT WAHAI ANAKKU

Buku ni sarat dengan nasihat2 berharga utk anak2 dan paling diperlukan oleh semua ibu bapa dan guru2 utk memimpin anak2 jadi insan berguna, InsyaAllah..

“Jika engkau belajar ilmu seratus tahun lamanya dan engkau menghimpunkan seribu buah kitab, engkau masih belum layak mendapat rahmat Allah Taala kecuali dengan mengamalkan ilmu-ilmu itu” -Imam Al-Ghazali-



BUKU "BANGKIT WAHAI ANAKKU" UNTUK SIAPA SEBENARNYA?

1. Anak-anak yang berumur antara 7 tahun hingga 17 tahun

Ohh anak-anak sekolah rendah pun boleh ya?
Ya, boleh InsyaAllah!
Fasa sekolah rendah, anak-anak dah menghadapi macam-macam ujian perasaan. Perasan tak, balik dari sekolah kadang-kadang wajah mereka sugul je. Bila ditanya kenapa sedih? 

"Kawan ejen Mama..kawan suka kacau..kawan cakap saya tak cantik.."

"Saya fail Mama..tak dapat markah 100..malulah dengan kawan-kawan.."

"Kawan ejek saya gemuk..kawan ejek saya tak pandai.."

See? Jadi dengan membaca buku ni, insyaAllah semangat mereka akan bangkit semula!

Anak-anak sekolah menengah apatah lagi..mereka perlukan sokongan dan perhatian dari ibu ayah. Jika tidak mendapat kasih-sayang secukupnya, mereka gemar menyendiri. InsyaAllah buku ini akan menghiburkan hati dan jiwa mereka.

2. Buku Ini Sangat Bagus Untuk Semua Ibu Ayah!
Ramai ibu ayah yang ingin menasihati anak-anak, tapi bimbang dengan respon mereka. Nanti anak mengamuk, nanti anak buat tak tau..nanti anak memberontak..Aduh macam2 yang ibu ayah fikirkan.

Lagi bimbang, apabila ibu ayah buntu terus, bagaimana caranya untuk menasihati anak-anak? InsyaAllah dengan bahasa santai dan lembut di dalam buku ini, ia akan menjadi penghubung hati antara ibu ayah dan anak-anak.

Ibu ayah akan menginsafi perihal penting apa yang perlu mereka kongsikan bersama dengan anak-anak. Perlu sediakan masa untuk bersama dengan anak-anak.

Paling utama, buku ini akan menjadi "Push factor" kepada ibu ayah agar BERCAKAP dan BERBUAL dengan anak-anak. Komunikasi sangatlah penting, terutama dalam bab memberi nasihat-nasihat berharga kepada anak-anak.

Kesimpulannya, semua keluarga perlu memiliki buku ini



🌹 INFO BUKU “BANGKIT WAHAI ANAKKU”🌹

✅ 31 BAB yang sangat menyentuh hati. Anak2 yg baca akan berfikir dan menyuntik semangat mereka untuk berubah insyaAllah

✅ BONUS! ada DOA untuk diamalkan dan kata2 motivasi pembangkit semangat

✅ Semua page berwarna-warni. cantik MashaAllah

✅ Sesuai untuk semua lapisan masyarakat ( ibu bapa,guru,anak,pelajar sekolah rendah,menengah,kolej,universiti

✅ Penulis : Ustazah ‘Ainun Mardhiah & Ustaz Mohd Asshik

✅ 164 mukasurat

✅ BERSAIZ A4