Buku ini menceritakan tentang kisah-kisah para nabi secara ringkas & amat sesuai digunakan oleh bayi/kanak-kanak yang bermula dari usia 6 bulan-2 tahun. Gambar yang ada di dalam buku ini juga besar & berwarna-warni, memang sesuai untuk bayi & kanak-kanak.
Buku ini juga didatangkan dengan puzzle yang dapat membantu meningkatkan koordinasi tangan & mata bayi/kanak-kanak. Ibu bapa juga tidak perlu risau sekiranya bayi/kanak-kanak tergigit ataupun termakan bahagian kertas buku ini kerana material kertas yang digunakan merupakan non-toxic paper & selamat. Buku ini juga tidak mudah rosak kerana ianya didatangkan dalam bentuk ‘board book’.
Kisah-kisah yang diceritakan di dalam buku ini semuanya rujukan dari Al-Quran & sesuai jika ibu bapa ingin memberikan pendedahan awal kepada bayi/kanak-kanak berkenaan kisah nabi-nabi kita.