Saturday, 13 February 2021

OUR EYES ARE A GIFT FROM ALLAH

Saya perkenalkan buku baru…❤ “Our Eyes are a gift from Allah” ❤

Buku ni tentang apa ya??

Back to basic!

Ingatkan anak, mata adalah anugerah Allah swt. Penglihatan kita perlu dijaga sebagai tanda bersyukur.

Pelbagai gejala maksiat boleh terjadi bermula dari mata. Kajian menunjukkan pada 2018 kira-kira 80% kanak-kanak berusia 10-17 tahun menonton pornografi secara sengaja. Seawal 10 tahun wahai ibu ayah.

Kita tak boleh ‘denial’ lagi.Kita sebagai ibu dan ayah perlu ‘empower’ anak sejak awal usia. Kita perlu terima realiti anak-anak zaman ini semakin awal terdedah kepada pornografi.

Buku “Our eyes are a gift from Allah” ini membantu ibu ayah membantu anak menghadapi zaman hyperseksual sekarang ini dengan cara santai sambil turut mengingatkan anak yang kita punya tanggungjawab dalam menjaga penglihatan kerana mata ini adalah anugerah Allah!

Apa anak belajar dari buku ni?

⇨ Mensyukuri nikmat mata dengan menjaga penglihatan

 Konsep ‘ghaddul basr’ :menundukkan pandangan

 Penjelasan mudah dan santai tentang pornografi

 What to do kalau terlihat pornografi