Buku ini merupakan sequel dari buku BESTSELLER “Membina Keluarga PROFAZZ” nukilan Mom No. 1 Malaysia, Siti Nadzrah Sheh Omar yang menceritakan pengalaman 30 tahun seorang ibu mendidik 5 orang anak lelaki menjadi huffaz al-Quran dan dalam masa yang sama mereka berkerjaya dalam pelbagai bidang profesional seperti peguam, doktor, pengurus syarikat dan jurulatih motivasi.
Dalam buku ini, Ummi PROFAZZ telah mendedahkan Masterplan Pendidikan PROFAZZ dan memuatkan tajuk-tajuk yang lebih sarat dan padat dengan tip dan teori praktikal antaranya ialah ‘Tip Ibu Berkerjaya Lahirkan PROFAZZ’, ‘Bila Anak Tidak Mampu Hafal Quran’, ‘Peranan Ideal Seorang Ayah’ dan lain-lain lagi.