Tuesday 6 October 2020

BUKU IQRA' GENIUS


Kaedah Berkesan Belajar Al-Quran & Asas Tajwid Siri 1-6 ini adalah untuk para pelajar mempelajari kaedah dan tatacara yang betul dan mudah untuk membaca al-Quran.  Menerangkan cara-cara membunyikan makhraj huruf iaitu tanwin, kasrah, fathah, dhommah, tanda sukun, tasydid (sabdu), hukum mad dan tanda-tanda wakaf. 







Buku ini mengandungi 6 siri Iqra’:

● Iqra’ 1: Pengenalan huruf-huruf Hijai’yyah, alif (ا) hingga ya (ي) dengan baris fathah ( َ )

● Iqra’ 2: Mengenali huruf-huruf Hijai’yyah yang bersambung, berbaris satu di atas serta perbezaan bacaan panjang dan pendek

● Iqra’ 3: Mengenali huruf-huruf Hijai’yyah bersambung yang berbaris fathah ( َ ), kasrah ( ِ ) dan dhommah ( ُ ) serta tanda sukun ( ْ )

● Iqra’ 4: Mengenali bacaan kalimah dan ayat yang mengandungi hukum qalqalah dan praktikal ayat mudah

● Iqra’ 5: Mengenali bacaan tasydid (sabdu), hamzah wasol, alif lam ta’rif, hukum nun sakinah, hukum mad, cara wakaf dan praktikal bacaan ayat

● Iqra’ 6: Pengenalan bacaan khas Rasm Uthmani, kaedah mudah mengenali hukum-hukum tajwid dan praktikal bacaan ayat-ayat al-Quran

Penulis: Ustaz Mohd Zanzuari Husain

Harga: RM 18.90

Bilangan Muka Surat: 196 m/s