Thursday, 13 August 2020

BUKU ANAKKU BIJAK SUKU KATA


Adakah anda Ibu ayah yang sedang mengajar anak membaca dirumah? Mengajar membaca akan menjadi satu aktiviti yang menyeronokkan jika kita sebagai ibu bapa tahu bagaimana anak belajar dengan lebih berkesan. 

Puan Ashikin Hashim, Pengetua Genius Aulad Saujana Utama, telah menyusun Buku Anakku BIJAK Suku Kata bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Beliau selalu mempromosikan agar ibu bapa serta guru menggabungkan 3 cara berkesan ketika mengajar anak membaca iaitu:

1. Belajar secara visual – ketika belajar membaca, anak NAMPAK suku kata

2. Belajar secara auditori – ketika belajar membaca, anak DENGAR suku kata.

3. Belajar secara kinestetik/bergerak – ketika belajar suku kata, anak BERGERAK bagi mengoptimumkan kefahaman anak.

Maka buku ini didatangkan khas bagi menjadi panduan serta memudahkan ibu bapa serta guru menggabungkan ketiga-tiga elemen di atas.

Ini adalah buku suku kata yang dinantikan oleh ramai ibu bapa dan guru. Buku ini disusun mengikut kata kunci suku kata a, i, u, e dan o.

Susunan ini dibuat bagi memudahkan ibu bapa serta guru mengajar anak membaca dengan lebih santai. Ianya juga disertakan dengan latihan membaca tambahan dan juga cerita pendek supaya anak belajar dengan seronok.

Buku ini mengandungi 168 mukasurat dan mempunyai lebih 1000 suku kata bagi memahirkan anak membaca. Untuk setiap kata kunci sebagai contohnya kata kunci a – za, akan diberikan latih tubi dan juga cerita pendek sebagai latihan tambahan. Ada juga diberikan aktiviti cadangan bagi menjadikan belajar suku kata ini lebih seronok.




Harga satu set buku hanya RM35/buku sahaja dan ada surprise Gift tau untuk 3000 pelanggan pertama.. wow wow.. Apa lagi jom order sekarang juga

Cover Art Card 310gsm Gloss Laminate

Isi dalam buku Kertas Simili 80gsm

168 muka surat